<body>

Profile entries Tagboard Affiliates

Aira tak sanggup :'(
Wednesday, March 14

//Aira masih kecil untuk mengalami perkara ni. Ya Allah, hindarilah aku daripada
perkara maksiat, Amin :')

Assalamualaikum dear AK,

Tqa, nak tahu kan sebab kenapa aira kata aira nak clash? :'D Ikutkan, aira taknak
Aira dah besar, aira tangggung dosa aira tqa, kena fikir dosa kita tanggung.
Cuba bayangkan apa kehidupan kita selepas kita dibangkitkan? Aira tak berani
dan tak sanggup nak hadapi semua dosa aira tqa. Betapa takutnye aira bila aira 
fikir semua tu. Terasa diri ni membuat dosa yang teramat besar. Lepas aira
fikirkan semua ni, aira rasa nak sangat clash sebab aira terasa seperti perempuan
murahan dan terasa benda tu teramatlah perbuatan yang menjijikkan tqa.

Tqa, memang sekarang orang kata "Teman tapi mesra" atau "Cinta Monyet"
biarpun korang anggap tu hanyalah permainan suka-suka masa muda-muda atau
remaja, tetapi ia tetap dosa :/ Memang lumrah semua orang ada perasaan yang
sama mahukan itu mahukan ini mahukan diri ni disayangi tapi tu semua 
"Dosa-dosa yang manis" tqa. Kita rasa "waaaah, bestnye." Masa tu rasa bahagia
je kan? Ye, macam tu lah aira, tapi aira blogging ni bukan untuk perli atau apa
tetapi aira mahu meluahkan apa yang aira fikirkan dan aira rasa tak tenang 
sangat bila melakukan "Dosa-dosa manis" yang mengundang padah kat diri aira 
sendiri. Bila seorang hamba Allah ni, menegur dan memberitahu tentang cinta
dosa manis ni, masa tu aira teramatlah rasa berdosa sangat :') Dia kata, cinta tu
boleh datang dengan sendiri sebab Allah dah menentukan jodoh kita, tapi jangan
lah sesekali mengundang diri dengan dosa dosa yang teramat manis sehinggakan
kita akan menanggungnya sendiri.

Jika seseorang lelaki itu betul-betul sayangkan kita atau mahukan kita, dia akan
menikahi kita. Itu lah cinta yang suci dan ikhlas :'3 tqa sendiri nak kan apa yang 
aira cakap ni? Hm, tulah yang aira mahukan jugak. Lepas ni, aira tekad aira tak
nak lagi bercinta monyet dengan hidup diselubungi dosa-dosa manis yang aira 
buat. Aira terfikir lagi, jika kita senang je couple dengan mana-mana kaum adam
seolah-olah kita ni murahan. Biarlah kita jual mahal even orang kata kita sombong
atau belagak ke tak kisahlah tapi itulah kita yang mana satu hari nanti seorang
jejaka akan cuba mendapatkan sekuntum bunga ros yang berada tinggi di gunung.
Itlah cinta yang suci, kerana dia benar ikhlas menerima kita seadanya.

Tqa faham kan? Hm, itu yang aira fikir tqa. Aira rasa macam "AHHHHH!"
rase macam "Kenapa aira bodoh sangat buat semua ni?" Macam tu lah, biarlah
dimata dan hati orang mereka kata kita hanya memikirkan perkara kecil sahaja.
Tanggapan tu salah sama sekali! :'D Perkara yang mereka lihat tu kecil lah 
sebenarnya mereka takkan tahan untuk menanggung segala azab daripada Allah.
Betul kan apa aira fikir? Aira tak boleh nak kata "Sorry kalau terasa" atau apepun.
Sebab, aira cuba mengonsikan apa yang aira fikir untuk mereka yang membaca
memikirkan kehidupan yang kekal abadi. Tqa, aira harap tqa faham apa aira rasa.
Terima kasih sebab membaca, aira sayang tqa sebagai sahabat aira dunia dan 
akhirat :) Assalamualaikum.


Copyrighted Airaazmn|http://airaakf.blogspot.my/